Tuesday, February 10, 2009

Otak ZIKIR

OTAK ZIKIRPDFPrintE-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 20 August 2008
dipetik dari:  http://nasoha.blogspot.com 
 
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Sunday, January 25, 2009

7 Golongan Yang Allah redhai















7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari akhirat
PDF Print E-mail
Written by admin
Monday, 19 November 2007 13:05

Oleh: Miss Jannatulfirdaus

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim

1. Pemimpin (imam) yang adil.

Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.

2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.

Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.

Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib

lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.

Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:
” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.

Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.

6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)

Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.

7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.

Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.

Islamic Hijri Calendar

Take a look at this:
http://al-habib.tripod.com/islamic-clock/allahmuh01.htm

Thursday, January 22, 2009

Gehana Matahari

Gerhana Matahari di Johor, Isnin 26 Jan

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, sekali lagi Allah jadikan fenomena gerhana matahari ini sebagai tanda kebesaranNya. Gerhana matahari separa 75% ini dijangka akan berlaku pada hari Isnin 26 Jan 2009 bersamaan 29 Muharram 1430H kira-kira jam 6.04 petang. InsyaAllah.

Sebagai hambanya, sewajarnyalah kita menunaikan solat sunat gerhana yang hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan. Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud:-

Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.(Imam Muslim)

Allah berfirman maksudnya:-
"Janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah".(Surah Fussilat ayat 37)
Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Disunatkan juga untuk mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat dan sunat menyampaikan/mendengar dua khutbah seperti khutbah Jumaat) selepas solat sunat gerhana walaupun gerhana sudah hilang.

Pesanan saya, carilah mana-mana surau/majid yang melaksanakan solat dan khutbah gerhana ini tanda kita mukmin bertaqwa yang teguh memegang syariat dan memelihara syiarnya.

Friday, January 16, 2009

Ceramah Bebaskan Palestin

Ceramah Bebaskan

Palestin

'Freedom for Palestine'

SABTU ini 17hb Jan 09

7.30 malam

Penyampai Professional oleh:

Prof Madya
DR. HAFIDZI MOHD NOOR


Pengarah PACE


Pusat Kecemerlangan Palestin

Anjuran oleh:

JK Masjid Al ‘Alami

&

JK Perhubungan Antarabangsa

JIM Melaka

Ayuh Kita Datang Beramai - Ramai dan

bawa ahli keluarga, sahabat, rakan rakan,

serta mereka yang prihatin..

p/s : Sila sebarkan email ini kepada rakan rakan

kita yang lain... Semoga Allah membalas

jasa baik kita ini..

Tuesday, January 13, 2009

Sahabat kita di Palestin

Saudara saudara se Islamku, rakyat Palestin sedang dalam bahaya dan ditindas. Apakah kita hanya duduk diam dengan keadaan selesa sambil menonton TV sekarang ini? :ihat beberapa fakta terbaru di Palestin sekarang ini.
i. Situasi di Gaza - serangan yang dilancarkan oleh Israel kini telah membunuh lebih 300 orang awam d an mencederakan lebih dari 1300 orang.Bilangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai man gsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan d iteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan.
ii. Dakwaan Israel bahawa serangan terbaru ini a d alah merupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri adalah satu pembohongan. Israel telah merancang serangan ini sejak 6 bulan lalu sebaik sahaja tempoh gencatan senjata berakhir 19 Disember yang lalu. Serangan roket oleh pejuang Palestin hanya dijadikan sebagai alasan untuk mewajarkan tindakan Israel . Apa yang berlaku ialah serangan roket pejuang Palestin adalah serangan balas ke atas beberapa provokasi tentera Israel termasuklah tindakan menceroboh kedalam wilayah Gaza ketika tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.
iii. Serangan ini dilakukan pada akhir musim persekolahan. Ini jelas menunjukkan bahawa regim zionis mempunyai motif malafide untuk memaksimumkan jumlah kematian orang awam terutama wanita d an kanak-kanak yang berada ditempat kediaman masing-masing. Serangan yang d itujukan kepada balai polis, hospital dan masjid yang semestinya berada d idalam pusat bandar jelas bertujuan untuk meningkatkan kematian

vii. Mengingatkan bahwa pertembungan ini adalah diantara umat Islam seluruh dunia dengan Zionis kerana perjuangan Palestin adalah pembebasan Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam serta simbol kemuncak kezaliman & pelanggaran hak asasi manusia yang paling tinggi dan biadab dalam peradaban manusia masakini.



Salurkan bantuan dalam bentuk kewangan kepada mereka yang memerlukan kepada :

"PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA"

MAYBANK

A/C NO 5622 0960 8847

p/s : Sila sebarkan email ini agar ramai sahabat dan saudara kita 'celik' mengenai isu Palestin ini. Semoga Allah dapat membalas segala jasa baik anda semua. Amin...

Lihat juga :

http://www.ilovepal estine.com

www.palestinkini. info/

an kecederaan dikalangan orang awam..

Sunday, January 11, 2009

Abg Long di MRSM Jasin

Assalamualikum....
Alhamdulillah program KBM pertama bagi 2009, telah berjaya dilaksanakan di MRSM Tun Gafar Baba Jasin pada 10hb hingga 11hb Januari 2009, seramai 435 orang peserta,semuanya hebat-hebat belaka.

Jumpa lagi......